right_side

Segalanya di sini??

kenapa segalanya di sini??adakah semua yang dicari ada di sini??sempurna benarkah di sini??di sini tiada di tempat lain??segalanya di sini kerana di sini itu adalah heart hati sebab melalui hati segalanya bermula..
In:

Penantian yang akhirnya...

Assalamualaikum...

Kiranya sudah tersangat lama aku tidak menulis sesuatu, maklumlah sejak pandai FB nie bab tulis menulis nie aku jadik terkurang~

Selepas je dari konvokesyen aku kat UNISZA bulan 7 tahun lepas, sebagai orang kuat USAHAWAN kat UNISZA tu (kuat la sangatkan) aku memang bercita-cita nak jadi usahawan makanya aku dengan adik ZUL (red land)~gediks!.....pun mula la berpikir2, bisnes ape yang kitaorang bley buat??dengan modal yang xda sesen pun!

Sebelum aku nak teruskan (pasal nak jadi usahawan nie) aku nak story mory sedikit2 cerita aku sebelum konvokesyen @ hari2 terakhir di UNISZA. Hari terakhir merupakan hari yang paling sedey buat aku (aku kalu menulis mesti ada cerita sedeh, cr publisiti ker?) kerana selama itulah aku hidup dalam keterbuangan...maklumlah dah nak expired same nak..haha

Hari2 terakhir aku masih lagi bersama fantastic 4 yang xperlu dinyatakan..terus mencipta kenangan manis terakhir bersama-sama, susah sebenarnya nak melupakan fantastic 4 ini kerana setiap detik, langkah,peristiwa dan life aku kat UNISZA itu pasti tidak lekang dengan kehadiran mereka..,kehadiran mereka will makes kafe riuh,haha..kafe sendiri..

Okey2..terus kepada cita-cita aku tadi..akhirnya kami mendapat ilham untuk..jeng,,jeng..MENJUAL BUNGA SEGAR SEMPENA MAJLIS KONVOKESYEN mana2 ipta/ipts seluruh negara..hahahaha, Modal camner?ringkas citer pinjam kat ayah aku!

Berjayakah aku??ALhamdulilah sangat2 berjaya dalam masa setahun banyak jugak IPTA yang aku dah pergi dan sangat best bile dapat pegang duit banyak2..tahu x?IPT yang first kitaorg start adalah UNIMAP then KIPSAS then KUIN then UUM then UNISEL then UITM PERAK then UITM PERLIS then UITM DUNGUN then KOLEJ PERTANIAN dan KOLEJ KEJURURAWATAN SRI MANJUNG PERAK.

Korang tawu ape2 cita2 aku? haha nak jual bunga di UNISZA jugak...dalam masa aku jual bunga ni jugak la aku terus melebarkan sayap dengan menjadi PEMBEKAL BUNGA SEGAR, TEDDY BEAR dan menawarkan perkhidmatan KATERING, PELANCONGAN, PENGURUSAN ACARA dan MENJUAL DINAR EMAS. Aku sangat sayang biz dan partner aku!

Tiba2 aku dapat tawaran menjadi pendidik(cekghu) sebab aku gatai p apply KPLI...kalau aku jd cikgu, business mcm mane? xnak la jdi cikgu....Tp aku turutkan jua dek mama dan ayah yang tersangat gembira bila taw aku dah dapat keje tetap..Aku rela kan diri, ikhlaskan hati untuk menjadi pendidik anak bangsa TP xbermakna aku tinggalkan business aku kerana KEUSAHAWANAN adalah Integriti usahawan bermaruah inspirasi insan terbilang (aku nak jd terbilang)huhu...

So, hari isnin 21 Februari 2011 nie aku akan mula melangkah untuk menjadi pendidikan yang GARANG!!!huhu..tidaklah..aku nak jadi abg yang penyayang kepada adik-adik ini...XSIAP KEJE SKOLA SIAP!!Kalau aku sempat, aku citer kat korang ape jd pada aku nant...haha..C YA>..

In:

Ramadan yang berbeza...

Ramadan kali ini sangat berbeza daripada Ramadan yang lalu, kedatangannya kali ini membuat aku terdetik untuk mencoretkan sesuatu di medan ini..dalam kesungguhan dan azam untuk merebut pahala yang berlipat kali ganda pada bulan yang penuh dengan kemuliaan dan keberkatan ini.

Ternyata Ramadan kali ini...aku bersama keluarga, bukan macam dulu-dulu lagi..tp aku merasakan teramat rindu pada masa yang dulu...tp entah mengapa masa yang dulu telah menguris sedikit perasaan ini..sungguh sukar untuk aku melupakan itu...dan mungkin xmungkin dilupakan....

Coretan kali ini adalah rumusan kehidupan aku selama 3 tahun diperantauan..

UDm bukanlah pilihan aku untuk melanjutkan pelajaran..tp takdir telah meletakkan aku disitu, begitu juga dengan kos yang aku belajar, juga bukan pilihan..tp itu lah takdir,aku terima seadanya dan bersungguh-sungguh lagi....hidup aku diperantauan sama dengan pelajar yang lain..banyak masa dihabiskan dengan kawan2 sesama kos...aku turut mengikut adat kebiasaan itu.

tapi KKu telah merubahkan adat kebiasaan itu...aku mula bergaul dengan rakan2 yang bukan sealiran..tapi aku langsung xmenyangka yang perkenalan aku itu telah merapatkan lagi hubungan kami..tidak segan untuk aku mencoretkan nama mereka untuk kenangan...Zul Aman bin Mohd Ghazi, Siti Asmaa' Hashim dan Nurul Aini Muhalip...kami ditemukan atas nama KKU dan dengan KKU juga membuatkan kami terasa ati...

Kehidupan aku banyak dihabiskan bersama2 mereka..susah dan senang sehinggakan kadang2 seakan orang lain tidak pernah wujud disekelilingku..tp aku bahagia...


In:

Aku mulai mengerti.....

Sememangnya aku sudah banyak belajar tentang lumrah kehidupan....bila kita diatas ramai yang terkejar dan mengejar kite..tapi bile kite dibawah tiada siapa yang peduli dan ambik tawu tentang kite...

Sememangnya ini telah banyak mengajar untuk aku lebih berhati-hati dalam mengharungi erti sebuah persahabatan yang sebenar...lakonan manusia yang inginkan kesenangan atas diri orang lain begitu profesional hinggakan aku tewas di medan sandiwara ciptaan sendiri....

Sememangnya apabila kita sudah dibawah pelbagai kritikan terbuka mulai diterima kerana aku kini orang dibawah dan orang itu mula diatas..xgune mengungkap sayang andai kita belum memahami orang yang kita sayang..

Sememangnya benar, perasaaan sayang dan keserasian akan timbul apila kita memahami perasaan dan peragai gerak laku orang yang kita sayang....sayang akan muncul apabila kita merasakan kita betul-betul serasi dan boleh bersama-sama denganya walaupun bagaimana keadaan yang berlaku....

Sememangnya palsu bila ungkapan sayang hanya diungkapkan semata2 ungkapan bukan dari hati yang memahami seseorang itu....kdg2 ungkapan sayang xperlu langsung diungkapkan..cukup sekadar dengan perbuatan yang menunjukkan perasaan sayang..

Sememangnya hati tidak pernah menipu..cuba aku yang kadang2 xmahu mendengar kata hati sendiri..dek amat terlalu percayakan sandiwara palsu ciptaan manusia yang rakus untuk mendapat kesenangan dan kemewahan dunia...

Sememangnya hati ini telah bersih dari ungkapan sayang untuk pemenang anugerah perlakon terbaik sepanjang tahun 2009-2010...

Sekian...

In:

Kriteria Seorang Pemimpin

Assalamualaikum...

Sudah sanagt lama rasanya aku tidak mencoretkan sesuatu disini kerana aku sedang melalui banyak perkara yang memerlukan aku memberikan komitmen yang sepenuhnya...

Dalam kala ini juga aku sedang dan sentiasa berfikir, apakah kriteria yang paling sesuai untuk mengelarkan seseorang itu benar2 boleh dikatakan sebagai pemimpin? aku pun tidak berapa pasti apakah layak untuk aku memberi pandangan tentang kriteria untuk menjadi pemimpin apatah lagi untuk menjadi pemimpin yang hebat..

mengambil pandangan sendiri, kriteria untuk menjadi pemimpin yang baik dan disanjungi serta mampu meningkatkan imej dan prestasi orang bawah pimpinanya adalah sebagaimana berikut :

1. Bertanggungjawab atas kepimpinanya dan orang yang dipimpinnya.

2. Kepentingan sendiri/peribadi perlu dielakan apabila menganggotai majlis tertinggi sesuatu organisasi contoh terbaik adalah Kerajaan Negeri Kelantan pimpinan Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

3. Mengutamakan hubungan yang erat dalam kalangan pasukan sekerja@seperjuangan.

4. Mengutamakan/fokus kepada sesuatu program atau matlamat yang telah direncanakan.

5. Mampu membuat andaian bagi mengandaikan sesuatu masalah yang tidak di duga dapat di atasi

6. Mampu untuk mengorbankan harta, masa, tenaga dan sebagainya demi kepentingan masayarakat atau sesebuah organisasi

7. selebihnya.....saya inginkan jawapan dari anda, boleh??

In:

Sedih...Selamat Hari Raya...


Salam..dah lama rasanya xcoretkan sesuatu di sini..hehe, sengaje..malas dan xda masa:').. banyak sangat-sangat peristiwa yang berlaku..semuanya memberi pengalaman dan kenangan manis dan pahit yang pastinya sukar untuk dilupakan...



Bulan ramadhan yang penuh keberkatan dan kemuliaan pun dan semakin sampai kehujungnya..aku pasti merinduinya, dan terlintas difikiran,adakah aku masih diberi kesempatan untuk berjumpa dengannya lagi..hurmmm



17/9/2009 merupakan tarikh untuk aku berangkat pulang untuk berjumpa dengan ayah dan bonda yang tersayang, dah tersangat lama aku tidak berjumpa dengan mereka, menatap wajah mereka...even berbuka puase pun tidak...cuti semester lalu pun masa masih kurang untuk mereka..adik2,pasti merindui dan menunggu kepulangan abang mereka nie..


bile balik je...aku akan terus pasang pelita untuk adik2, buatkan menu rahsia daging bakar untuk ayah dan mama..(mama merajuk bile aku xnak bgtau rempah apa yang aku gunakan)..beli bunga api untuk si comel..bawak adik2 shoping baju raya..yang tengah langsung tidak tahu memilih jika aku xsuggest something..so kene tgu aku balik la ea...



erm...kekaseh hati kat UDM pun pasti sangat sedih untuk ditinggalkan dan pasti akan teringat ketika aku makan ketupat dan redang kelak;')adat pertemuan kan? ini secebis coretan untuk kalian yang menceriakan hari2 yang penuh liku dan dugaan di bumi UDM ini....





















































Ini plak adik yang paling manja dengan aku..suke je merajuk dan aku plak leh pujuk sekali jer..kalu xmakan jugak malas layan...nampak gigi jer kan?ni la kelebihan die;')erm,banyak pengalaman dan kenangan yang dikongsi dan dibina bersamanya..sangat cute bila merajuk..huhu..terima sangat2 kerana cuba untuk memahami abg..terima kasih juga untuk segala pengorbanan awak..abg sangat hargai..abg sedih kalu terpaksa berpisah dengan awak kelak;'(..abg nak minta maaf banyak2, kalu ada wat salah dan terkasar bahasa ngan awak..kalau ada abg terkasar bahasa ngan awk...abg minta maaf banyak..banyak2 sangat..awak adik yang baik sebenarnya..selalu jadi teman abg kala sunyi dan need someone 2 talk...harap until de end..






















ini adik yang paling matang pada aku..mungkin pengalaman yang mematangkan..bagus la awk neh..awk boleh pergi jauh..low profile awk membuatkan abg senang untuk berkomunikasi dan wat ape2 je dengan wak..buangkan sikif sifat degil 2, sea fud plak jangan makan sangat..kesihatan kena jge..belajar penting tapi jangan terlalu belajar...sampai kesihatan awak abaikan...abg minta maaf banyak3 kalu susahkan kehidupan awak di bumi UDM nie dengan program dan kerja2 kiosk kita nie..minta maaf jugak kalu abg telalu care pasal makanan awk..maaf.

















Ini dua orang sikit punya baik skandal..hehe..skandal la sangat..huhuhu,erm, korang sangat banyak support pejuangan aku..terima kasih sangat untuk 2..erm..tanpa korang segala yang aku dapat sekarang nie..bukan sebagaimana layaknya..terima kasih juga atas segala amik berat dan ucapan penaik semangat untuk aku teruskan perjuangan di bumi UDM nie...sempena raya nie nak ucap berbanyak minta maaf kalu ada salah dan silap, terlebih gurau, terkaitkan korang dengan sesuatu dan segalanya harap di maafkan..yang pasti tanpa sokongan korang pasti aku xkuat dan sejauh nie...thank you so much..makan ketupat jgn lupa abg/aku okey..















nie cik tikah green...(matching alwiz), sangat rajin buat kerja dan mendengar kata @ dengan kata lain sangat taat..hehe..sangat suka berposing walaupun bukan model terkenal..boleh pergi jauh sebenarnya kalu ada minat dan kesungguhan yang tinggi...abg nak minta maaf banyak2 kalu ada terkasar bahasa atau terover dalam bergurau dan berbicara, harap diampunkan..nice 2 meet person as u...



ini pulak muslimah Kelab Keusahawanan UDM, antara yang sangat2 rajin bekerja tanpa mengira hujan dan panas...sangat rajin dan save so much budget, budget top!!!hehe..sangat rajin pergi kelas walaupun tido...katanya.."kena pergi kelas even tido, sebab amanah"..kitaorang selalu kena ceramah dengan dia nie..tapi kalu korang kenal..mesti korang xpercaya punye..muslimah rock..huhu..mcm yang lain jgk, bang din nak mintak maaf banyak2 kalu ada salah dan silap ketika dan semasa perkenalan kita..harapan bang din...semoga awak terus berjaya dan mengecapi bahagia yang hakiki...

Erm..setakat ni jer yang dapat abg coretkan untuk korang sumer dan abg nak minta maaf pada nama2 yang banyak2 mewarnai hidup ini tetapi tidak tersenarai, secara jujurnya, jangan terlalu mengambil hati atas kata2 ini..yang baik bolehlah korang amek yang tak elok korang janganlah jadikanya sebagai ikutan ea..susah untuk abang lupakan kenangan bersama adik2 abg yang sangat abg sayangi..insyaallah.

In:

Pastinya menyakitkan...

semesti dan pastinya aku sangat ingin cepat habis belajar..sudah rasa penat, walaupun semakin belajar, semakin rasa kurang berilmu....tapi aku tetap ingin segera habis....

seterusnya ingin meneruskan perjuangan untuk menjadi pengamal undang2 dan buat bisnes yang pastinya memberi pulangan yang besar tapi bagi aku keuntungan bukan matlamat akhir bagi seorang usahawan yang benar-benar ingin mengelarkan diri mereka sebagai usahawan.

pastinya..aku berdebar untuk mengharungi detik-detik untuk menempuhi alam pekerjaan yang kian sukar dan penuh dengan liku dan cabaran...memikirkan soal ini, kadang2 aku menjadi takut untuk menghadapinya..

sedihnya, bila aku rasa tidak puas hati dengan ape yang sudah aku pelajari..terasa kosong tanpa pengisian..sedapkan hati(mungkin sibuk kot)

detik yang paling takut untuk diharungi ialah perpisahan....

entahlah, sukar untuk digambarkan perasaan aku saat dan ketika ini, semuanya bercampur baur...banyak persoalan muncul, banyak tanggungjawab yang digalas, banyak hati perlu dijaga, setiap pergerakan perlu dijaga, musuh dengki semakin ramai, semuanya serba tak kena.....

cuba memahami-----ini saja yang aku mampu minta tatkala ini, harap semua faham akan situasi, jangan terlalu mendesak kerana terlalu banyak perkara yang harus aku fikir...banyak pula tugasan yang perlu diselesaikan...sebagai pemimpin itu sudah menjadi kewajipan aku..tapi apa salahnya kalu cuba faham apa situasi yang sedang berlaku....cuba faham, itu sahaja...

In:

Orang tak mahu..jangan paksa

peluang sudah terbentang di depan mata, tinggal lagi camner kita nak rebut dan dapatkan peluang 2..betul x??

kite dah letak depan mata, bulat lagi tergolek..kalu dah tengok pun dah tak berperasaan nak watpe kan??

peluang datang hanya sekali, kalu tak kejar bersungguh2..xkan ada yang kali keduanya tawu..kan??

peluang bukan mudah nak diberi, sekali diberi wat la betul2..kang menyesal dikemudian hari..

kalu dah menyesal kemudian hari....jangan lagi nak meminta2 peluang yang lain..

kerana peluang yang lain, bukan lagi milik kite...

renungkan..aku sungguh banyak mood nak berpuitis..


genggam erat mesra tangan mu,
terasa lembut sebalik derita,
matanya tersenyum mataku menangis,
senyuman manis dilontar mesra,
tapi tawarnya penuh derita,
mengharungi hitam yang suram,
lopak2 luka dan kolam2 derita,
suatu kesusahan yang tak pernah dipancarkan dulu,
maka akulah yang merasakan kepedihan,
yang tepancar benar dimatanya,
meskipun dia tidak pernah mengungkapkannya,
kerana..............
derita itu adalah hati.